be positive!

Assalamualaikum..

(source: Be Productive Muslims Facebook)

Alhamdulillah, sudah seminggu sem baru dibuka dan berjaya dilalui..Masa hujung minggu macam inilah barulah dapat rehat-rehat minda sikit dan update blog..

Menempuh sem baru ini memang takut dengan banyak requirement yg perlu dipenuhi, dengan mencari patient yang sanggup datang bila-bila masa sahaja diperlukan. Yup, memang stress apabila kadang-kadang apa yang dirancang tak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya, atau boleh dikatakan stress dah  macam kawan baik kita.

Bila disebut tentang stress bukan sahaja dalam akademik boleh membuat kita rasa stress, kadang-kadang apabila hubungan kita dengan orang keliling yang semakin dingin, orang lain yang salah erti dengan tindakan kita, tak dapat makan makanan yg kita suka juga boleh buat kita stress bukan? Memang banyak benda yang boleh buat kita stress sebenarnya.

Orang cakap untuk elak stress melampau kita kena sentiasa positif, Tapi yang nak sentiasa positif tu bukannya senang, stress jugak dibuatnya nak kena positif 24 jam..hehe

Saya suka tengok “qoutes” yang boleh bagi kata-kata semangat dan ini jugak boleh buatkan saya postif serba sedikit..:p

Why be negative when you can be positive

Think happy thoughts

islamic-quotes:</p>
<p>He will answer<br />

Mind my mind #2: Kasih ke syurga..

Assalamualaikum..

                                                         kredit:google

Dah lama tak mencoret di sini. Sibuk dengan raya, anda bagaimana? :p

Baki cuti sudah tinggal lebih kurang seminggu lebih sahaja lagi. Seperti sebelum ini, setiap kali bukak sem baru ibu dan bapa saya akan menghantar saya ke kolej. Terkadang rasa juga bersalah melihat ayah yang sudah berumur memandu kereta jauh dari terengganu ke Kuala Lumpur, tetapi mereka tetap berkeras nak hantar jugak saya dengan alasan boleh jumpa cucu-cucu dekat Kuala Lumpur.

Pengorbanan.. 

Jika dikira pengorbanan ibu bapa kepada kita sampai bila-bila pun belum mampu kita membalasnya.

Semasa packing barang-barang, mak dan ayah banyak kali pesan,

“packing awal-awal nanti tak ada barang tertinggal”

“bawaklah ubat ni, awak tu kadang-kadang pening, makanlah,inshaAllah ok lepas tu”

“biskut/makanan yang nak dibawak balik tu dah bungkus belum,kan esok lupe plak”

Kasih ibu bapa..

Hebat bukan kasih ibu bapa ini, walaupun anak dah besar panjang soal sakit pening anak masih difikirkan, soal  makan minum anak masih diambil kira, soal anak-anak menguru diri masih dijaga..:'(

Tetapi anak-anak, bila dah berkeluarga, bila dah ada kerjaya sendiri berapa ramai yang ambil berat mak ayah mereka sakit, jika sakit berapa ramai yang bertanya mak ayah mereka dah makan ubat atau belum. Atau jika mak ayah sihat, berapa ramai yang sanggup meluangkan masa 5 minit sehari untuk menelefon mak ayah bertanya “dah makan ke belum?”

Benarlah..Kasih ibu dan ayah membawa ke syurga..

 

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ 

“Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu’miniina Yauma Yaquumul-hisaab” 

“Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)” 

“O Our Lord! forgive me, and my parents, and all the Muslims on the day when the account will be established.”

 

kredit: google

Kesenangan yang memperdaya..

Assalamualaikum..

Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya”                                  (Ali-Imran: 185)

“Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya”

Ramai yang sedar kesenangan dunia hanya sementara, namun ramai yang masih berlumba-lumba mengejar kemewahan dunia.

Tidak perlu menuding jari ke arah orang lain, lihat pada diri kita sendiri. Cuba tanya budak-budak kenapa nak jadi doktor/ doktor gigi/ engineer etc? Mesti salah satu jawapan yang di beri sebab nak jadi kaya, nak hidup mewah, nak beli kereta besar, nak duduk rumah besar (Saya rasa bukan budak-budak je, saya pun masa mula-mula nak ambil course dentistry saya pun fikir benda yang sama 😦 .

Mungkin boleh di kira dengan jari yang menjawab nak jadi doktor/doktor gigi/ engineer etc sebab nak menolong orang, nak menyebarkan agama Allah, atau sebagai saham akhirat nanti sebab buat kerja yang baik.

Allah..kita sedar bahawa syurga itu kesenangan hakiki namun kita masih lagi lalai mengejar kemewahan dunia yang sementara.

Allah.. kita sedar syurga menjanjikan mahligai yang indah namun kita masih mengejar kekayaan untuk membina rumah bak istana.

Allah.. kita sedar syurga itu indah tak tergambarkan dengan kata-kata atau tulisan namun kita masih alpa,lagha dan lalai dalam menunaikan ibadah kepada-Nya.

“Ya Allah, ampuni dosa kami yang sering lupa mengingati-Mu, hanya mengingati-Mu bila susah, Allahu Allah ampuni kami, jangan Kau biarkan kami terus berada dalam golongan yang lalai”

“Barang yg lepas jangan di kenang, tapi dosa yang lepas harus dikenang jika belum bertaubat”   -_-“

kredit

 

Mind my mind

Assalamualaikum..

Ini adalah rentetan ringkas perkara-perkara yang terjadi di sekeliling saya, pendapat saya mengeai perkara tersebut, Diharap jika pendapat saya bertentangan dengan anda,maafkan ye, raya dah nak dekat..:) Mind my mind..:P

1) Sedekah dan Palestin 

Alhamdulillah, tahun ini diberi peluang untuk berpuasa di tempat orang, di kawasan felda. Apa yang menarik perhatian saya di sini, semasa berterawih kami diimamkan oleh seorang imam dari Palestin. Kutipan derma Palestin juga turut diadakan dan subhanallah, terkejut saya apabila diberitahu kutipan derma pada malam itu sahaja sudah mencapai hampir rm4000.  Saya kagum dengan kemurahan hati penduduk di kawasan ini, walaupun terpencil, tidak semaju di kawasan bandar tetapi sifat prihatin mereka terhadap saudara sesama muslim sangat membanggakan.

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.”(al-baqarah:195)

2) Mangsa Twitter

Masa mula-mula saya ada akaun twitter saya tak tahu langsung macam mana nak guna.haha :p  Lama kelamaan tengok kawan-kawan,ooo macam ni rupanya twitter ni. Saya masih ingat lagi ada orang pernah cakap twitter macam tempat kita nak luah apa sahaja yang kita rasa, marah, sakit hati, gembira atau apa-apa sahajalah, Orang lain tak boleh nak tegur atau cakap apa-apa sebab itu hak kita.Tapi lama kelamaan saya tengok twitter seperti jadi medium untuk sindir menyindir, memaki hamun, menunjuk-nunjuk dan yang lebih teruk sampai boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga, saman-menyaman dan sebagainya.Dan apa yang lebih teruk kadang-kadang ada “batu api” memberitahu orang lain yang tiada akaun twitter yang orang yang ada twitter mengutuk dia kat twitter sedangkan orang tersebut tidak menyatakan langsung tweet marah/benci dia kepada siapa. Bahaya kan twitter ni sebenarnya.Banyak fitnah yang tersebar. Sejujurnya saya juga merupakan salah seorang mangsa twitter, bila marah saya lepas kat twitter. Astaghafirullahalzim..kita seringkali lupa kita sebenarnya ada Dia untuk mengadu tak kira sedih,marah,gembira,benci , Dia sentiasa ada untuk mendengar.

linked

3) Barakallah

linked

Alhamduillah, kawan-kawan dah ramai yang akan mendirikan masjid. Lepas raya setakat ni saya dapat 7 undangan kenduri majlis perkahwinan. Seronok lah makan nasi minyak lepas ni, ambik berkat orang kahwin.hehe :p Tahniah kepada kawan-kawan yang bakal menempuh kehidupan baru selepas. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat. aminn.. 🙂

4) Syurga dunia

Sejak akhir-akhir ni terngiang-ngiang di telinga saya soalan aainaa pada saya dan sahabat-sahabat hari tu “Korang tau tak apa tu syurga dunia?” Selepas macam-macam jawapan kami dia bagitau jawapannya “KETENANGAN”, Tiba-tiba saya terfikirkan macam mana ketenangan tu sebenarnya, macam mana nak dapatkan ketenangan tu? Mohon aainaa untuk mengupas lanjut topik ni nanti lepas bukak sem nanti ye.. 🙂

linked

Kereta buruk, kuih & nikmat..

Assalamualaikum..

032_large

linked

” Krekk..krekk..kreekkk..”

Saya menjenguk ke luar tingkap selepas terdengar bunyi kereta yang agak kuat enjinnya dan saya lihat sebuah kereta Proton Saga yang sangat usang dan buruk .

“Eh, siapa pulak yg datang ni? macam tak pernah nampak pun” Saya pun terus memberitahu mak dan ayah saya tentang kehadiran tetamu tersebut.

Mak saya selamba je cakap “Ooo tu orang datang nak servis mesin air Coway”

Eh? Saya macam terkejut, kerana beliau merupakan seorang perempuan, fizikalnya agak kurus dan sekali lihat seperti berusia lebih tua setahun atau 2 tahun dari saya. Terdetik di hati saya, hebat perempuan muda lagi ni boleh buat kerja macam lelaki.

Mak saya terus menjemput ke beliau ke dapur untuk menservis mesin air. Dari ruang tamu saya terdengar mak saya rancak berbual dengannya, lebih kurang 20 minit beliau mintak diri untuk pulang setelah siap servis.

” Selamat berbuka ye” Dia ucapkan kepada saya, dan saya hanya membalas dengan senyuman.

—————————————————————————————

“Buruknya kereta dia” Terkeluar perkataan itu dari mulut saya di depan mak saya.

” Kesian dia tu, anak 5 orang, kecik-kecik lagi , anak sulung baru Form 1″ mak saya memberitahu

Saya terkejut ” Eh, dah kahwin ke? nampak macam muda lagi, “

Mak saya tergelak dan bersetuju yang kakak tu nampak muda. Mak saya menambah lagi

“Suami dia kerja kat KL, tadi masa tengah servis air tu suami dia call, tanya pasal nak beli baju raya anak-anak,kesian plak mak dengar”

Namun, apa yang membuatkan saya rasa terharu sangat-sangat mak saya cakap kakak tu bagitau anak dia buka puasa dengan kuih-kuih sahaja. KUIH-KUIH sahaja! Semasa tengah servis, anak-anak dia juga menelefon  bertanyakan “Kuih apa yang mak bawak balik untuk berbuka?”

Bagaikan tamparan ke muka saya sendiri apabila dia memberitahu mak saya yang anak-anak dia sendiri yang tak nak makan nasi,cukuplah kuih-kuih sahaja untuk berbuka.

Subhanallah, murni dan sucinya hati anak-anak kakak tersebut. Betapa mereka tidak mahu menyusahkan ibu bapa mereka. Sedangkan kita, kadang-kadang merajuk tak dapat berbuka dengan makanan kegemaran kita, kadang-kadang merajuk bila mak asyik masakkan makanan kegemaran adik beradik lain, kadang-kadang bosan dengan lauk pauk yang sedap-sedap.

Allah,betapa aku sering melupakan nikmatMu, tidak bersyukur dengan nimatMu,

Ampuni kami, ampuni kami, ampuni dosa-dosa kami..:(

‘MAKA NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH KAMU BERDUA (JIN & MANUSIA) DUSTAKAN?'(55:13)

Productive enough?

Assalamualaikum..

Image

No.7 highlighted ..🙂

Pray for me, pray for me people..

I wish i can write something that can give me and all of you benefits.

I wish i can write something that can make you and me  feel closer and more closer to Him.

InshaAllah,

“Everything good that happens to you (O Man) is from God, everything bad that happens to you is from your own actions”. (Quran 4:79)”

🙂

Chenta hati..

Assalamualaikum..

Imagens0tumblr-dia-dos-namorados-valentine-day-free-photoscape-by-thataschultz-006_large

linked

” Esok, maybe tau result exam, kalau fail kena supplement, supplement bulan puasa “

” Kalau chah kena supplement, nanti bulan puasa mak dengan ku ( baca: ayah) puasa 2 orang je la kat rumah ni, sunyinya x ade anak-anak” Urghh,,sangat-sangat menyentuh hati bila dengar mak saya cakap macam tu.

Lagi menyentuh hati apabila keesokan harinya, ayah saya setiap minit bertanya “Result dah keluar ke chah?”

Nampak je saya pegang handphone ” Haa, result dah tau ke?”

Saya tahu, saya bukanlah genius yang setiap kali exam pasti akan dapat A+. Sudah tentu mereka teramat risaukan dengan result exam saya.

Kami adik beradik sudah biasa diajar, setiap kali sebelum exam mesti akan beritahu ibu bapa jadual exam kami. Dan, setiap hari lebih kurang sejam sebelum masuk exam, mak dan ayah mesti akan telefon bagi kata-kata semangat, pesan “masuk dewan dengan kaki kanan, baca basmallah sebelum jawab, jangan gopoh, kalu blur selawat n etc,etc…” Walaupun benda yang diorang cakap adalah benda yang sama setiap kali, tetapi semua itu amatlah menenangkan , kerana kita tahu mereka sentiasa ada untuk kita, mereka tetap yakinkan kita boleh buat walau kita bagitau kita tak habis study lagi..

Sesiapa yang rapat dengan saya, mesti terbiasa melihat saya pagi exam mesti pegang handphone, menunggu chenta hati saya menelefon saya. Bila dah habis exam, merekalah orang pertama yang saya hubungi untuk komen pasal exam samada susah,senang (dan kebiasaannya semestinya susah) . Ye, saya berumur 23 tahun dan masih lagi mengadu macam budak-budak dengan mak ayah bila tak boleh jawab exam. Dan ya, saya rasa bersalah apabila result exam keluar selalunya saya bawak berita sedih dekat mereka. Tetapi merka tidak pernah menyalahkan saya, sebaliknya memberi semangat untuk berusaha lagi.

Alhamdulillah, final exam saya lulus dan dapat menemani mak dan ayah saya puasa sama-sama. Namun apa yang  membuatkan saya sangat-sangat sedih bila ayah saya cakap :

“Alhamdulillah chah lulus, Ku(baca: Ayah) bukan apa, kesian tengok chah kalu kena study banyak-banyak , tak boleh rehat puas-puas” T_T heartbreak..

“Redha Allah terletak pada Redha Ibubapa”

linked

Jadi kawan-kawan, marilah kita berbakti kepada chenta hati kita selagi mereka masih ada, jangan kita menyesal di kemudian hari..

Tanpa dosa?

Assalamualaikum..

Lebih kurang 20 minit lagi akan berbuka puasa, tiba-tiba saya terfikirkan  perkara ini. 

Sekarang umur saya sudah 20++. sepanjang 20 tahun lebih saya diberikan nikmat hidup ini, adakah saya  lebih banyak berbuat dosa atau pahala?

Jika dikira-kira kebaikan yang dilakukan , adakah pahala melebihi dosa atau sebaliknya? Astgafirullahalzim..

Jika ditakdirkan kita mati sebentar lagi? Cukuplah amalan kebaikan kita untuk ke syurga?

Ya Allah, apakah yang telah aku lakukan sepanjang 20 tahun ini ?

Sedangkan ayat-ayat cinta-Mu aku belum mampu menghafal apatah lagi memahami.

Sedangkan ku lihat adik-adik kecik sudah menjadi qari/qariah junior, aku hanya mampu berkata

“Wah hebatnya budak-budak ni”

Marilah kita sama-sama muhasabah rakan-rakan..

Selamat berbuka ..:)