“Persahabatan itu teruji”

Assalamualaikum..

(ini adalah sambungan daripada entri “Kereta dah hilang!” .. 🙂

406055_316100171813864_2118304385_n_large

linked

“Kereta dah hilang, esok kakak dgn aisyah nak pergi kuliah macam mane?” soal ayah sahabat saya kepada kami selepas buat report di balai polis.

Ya, pada waktu itu kami dah sedar, inilah permulaan ujian dan dugaan untuk kami .

Sebenarnya pada permulaan sem hari itu, saya dan sahabat saya telah diterima masuk untuk tinggal di kolej 9 yang mana satu-satunya kolej yang terletak di luar UM. Kebanyakan coursemates kami tinggal di kolej 1 dan kolej 6 yang mana kedudukan kolej tersebuat lebih dekat dengan fakulti berbanding dengan kolej 9. Dan, di kolej 9 hanya saya dan sahabat saya sahaja tinggal disitu. Ya, hanya kami berdua,jadi kami sememangnya tiada siapa-siapa untuk bergantung atau menumpang selepas hilang kereta.

Namun, apa yang membuatkan kami terharu, ramai sahabat dan coursemates kami sangat mengambil berat keadaan kami. Antara yang membuatkan kami terharu :

  • Ada sahabat kami menawarkan kami untuk meminjamkan motor beliau dan beliau tidak kisah langsung nak guna bila-bila masa sedangkan sebelum ini sahabat saya itu tidak pernah menumpang kereta kami. Subhanallah, waktu itu kami berasa sangat terharu, betapa beliaunya hatimu sahabat. Semoga perkara yang baik-baik akan sentiasa mengiringimu sahabat, ameen.. 🙂
  • Ada juga sahabat kami menyuruh kami untuk tidur di bilik mereka di kolej 6 supaya senang untuk kami ke kuliah keesokan hari. Ya Allah, pelbagai cara mereka fikirkan untuk kesenangan kami.
  • Yang lebih mengharukan ,coursemate kami yang terdiri daripada “not yet muslim” turut menyampaikan rasa simpati kepada kami, mereka menyuruh kami bersabar dengan ujian ini dan ada juga yang mencadangkan untuk kami supaya berpindah sahaja ke kolej 1 atau 6.  (p/s: semoga kamu semua diberikan hidayah oleh-Nya. aminn)

    Namun, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke fakulti bukanlah bermaksud tidak mahu menerima pertolongan sahabat-sahabat kami, tetapi kami sedar realitinya kami tidak boleh bergantung kepada mereka sampai bila-bila. Ini ujian untuk kami dan kami harus menghadapinya.

    Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ”Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun”. Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan secara sempurna dan rahmat dari tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk ” (Al-Baqarah: 155-157).

      Pada hari pertama selepas kehilangan kereta, kami berjalan kaki ke fakulti ,tetapi disebabkan kelas kami tiap-tiap hari tersangatlah padat dari pukul 8 hingga 5 petang, dan sambung kerja-kerja lab sampai pukul 7, ini tersangat-sangatlah penat dan kami mengambil keputusan untuk menaiki teksi.  Sejujurnya semua ini tak semudah yang di sangka, ada masanya kami terasa macam nak menangis, marah kepada orang yang mencuri yang menyusahkan hidup kami. Kadang-kadang tiada teksi dan mahu tak mahu kami terpaksa berjalan kaki pulang ke kolej dengan keadaan yang hanya Tuhan saja yang tahu betapa letih dan tak laratnya kami. Dan, kami pernah pulang berjalan kaki pukul 11-12 malam ke kolej disebabkan beberapa aktiviti yang kami perlu selesaikan. Tapi,alhamdulillah Allah Maha Mengasihani, walaupun bermacam-macam kes kami pernah dengar namun semua itu tidak pernah terjadi pada kami,alhamdulillah..
    Satu benda yang saya selalu fikirkan, saya rasa kejadian ini sebenarnya Allah juga dan menguji sejauh mana persahabatan kami. Adakah kami masih lagi bersama pada waktu susah? Adakah kami masih lagi boleh bergurau senda sama seperti masa senang dahulu? Dan sejujurnya , adakalanya diri saya ini teramat lemah 😦 , saya rasa letih, saya rasa bersalah kerana saya tidak ada lesen kereta (penakut sangat,,hehe), saya rasa semua ini sangat menyusahkan, saya tak tahan, saya menangis dan sahabat saya yang banyak menguatkan saya untuk menempuh ujian ini. (kadang-kadang rasa macam terbalik,siapa sebenarnya yang hilang kereta? Tuan punya kereta tak menangis langsung! kamu sangat kuat)
    Benarlah, masa susah ini jugak kita dapat menilai siapa kawan kita yang sebenarnya. Ada sahabat yang sebelum ini tidak pernah rapat dengan kami tetapi merekalah penguat semangat kami, Mereka tidak melupakan kami. Terima kasih sahabat-sahabat , saya rasa anda tahu siapa anda.. Sahabat sampai syurga ye,promise ye ..aminn.. :p

    “Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia.”(2:117)

    monolog dalaman: saya sering tertanya kenapa semua ini terjadi kepada kami? Benarlah segala pertanyaan jawapannya sudah tersedia di dalam lembaran cinta-Nya. Semua ini terjadi kerana Dia berkehendak maka Dia berfirman “Kun Faya Kun”. Jadi maka jadilah ia, dan hanya Dia mengetahu segala yang terbaik untuk kami..

    ps: inshaAllah, next entry bersambung lagi dengan ragam pak cik teksi dan berita gembira..:)

    Tumblr_m6l35wyfz91r08qs8o1_500_large

Salam Ramadhan..

Asslamualaikum..

Image

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”
                                                                                                               [al-Baqarah, 2:183]
 
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas. Selamat beribadah semua! 🙂

Kitakah ini?

Assalamualaikum..

Apa yang ingin saya kongsikan ini bukanlah daripada pengalaman saya sendiri. Apabila saya membaca pengalaman saudara Azlan Shah Nabees Khan  ini membuatkan saya rasa sedih dan terfikir adakah saya juga pernah tergolong dalam salah seorang seperti yang dikatakan oleh “not yet muslim” itu? Luangkan masa kita hanya umtuk 5 minit untuk membaca pengalaman beliau dan sama-sama kita lihat balik pada diri kita sendiri. Adakah ini yang kita inginkan golongan “not yet muslim” fikirkan kepada kita yang majoriti “born as a muslim”..

(p/s: saya sukakan penggunaan “not yet mulim” berbanding “non-muslim”. Bunyinya sgt optimis..:p)

4 Tahun dulu,sewaktu saya menuntut di Kuantan Pahang,pernah saya parking kereta di sebuah lot parking tanpa menyedari ia punya had masa sampai 1 tgh hari. Keluar dari shopping tengok-tengok kereta dah tak nampak,dipenuhi dengan gerai orang berniaga walaupun masa itu baru 12.45. Rupanya itu adalah tapak orang berniaga petang. Kereta saya tersangkut ditengah2,sangat dekat dengan kereta sebelah kanan dan kiri ada orang menggoreng guna minyak panas,selamba! Saya minta izin untuk keluar,tambahan ada temu janji ziarah bersama kawan2 ke rumah seorang guru waktu itu. Semua peniaga buat sombong,masing2 marah dan mengeluarkan kata-kata yang sangat menyakitkan hati,proses untuk keluar amatlah sukar dan memakan banyak masa,bayangkan kereta anda berada ditengah2 pasar malam! Hinggalah datang seorang not yet Muslim membantu,dia turut dimarahi dengan teruk,namun dia tetap tabah membantu sehingga kereta saya berjaya dikeluarkan. Sepanjang proses tersebut dah ada rasa macam nak menangis,tapi risau nampak tak macho,saya sabar. Namun,not yet muslim tersebut tinggalkan saya dengan seungkap kata yang sangat pedih hingga berkaca mata saya. Mungkin dia sangka saya bukan muslim. Dia kata: “Sabar,orang Islam memang macam tu!” ;( 

Hari ini pula,selepas solat asar,naik lif balik ke pejabat. Turut bersama dua orang not yet Muslim,mereka berborak sesama mereka,mungkin mereka sangka saya tidak faham bahasa mereka. Mereka kata: “Sembahyang 5 waktu sehari,tapi kerja entah apa-apa” merujuk kepada sekumpulan muslim yang baru balik dari solat Asar. 

Aduh!

Tanpa kita sedari,setiap hari setiap seorang daripada kita adalah duta kepada agama yang mulia ini,kebanyakan masa orang menilai agama dengan perangai kita seorang. Semoga Allah SWT ampuni kita dan melindungi kita daripada menjadi fitnah kepada agama yang sempurna ini.Sama2 kita baiki dan perkemas sikap dan akhlak kita. 

(from: http://ar-ridha.tumblr.com)

 

“Kereta dah hilang!”

Assalamualaikum..

“Eh, mana kereta? bukan parking kat situ ke?”

Subhanallah, masih terngiang-ngiang dan terbayang-bayang lagi dialog ini semasa saya dan sahabat baik saya menyedari kereta beliau tiada di tempat parking. Betapa cemasnya kami dan bermacam-macam andaian yang kami fikirkan.

“betul ke kita parking kat sini pagi tadi?”

“banyak lagi kereta lain yg cantik dan mewah, kenapa kereta tu jugak yang nak di curi?”

“habislah ayah marah kalau tau kereta hilang ni” (saya rasa mungkin ini yang difikirkan oleh sahabat baik saya pada masa itu.hehe)

Selepas kami berpusing-pusing satu tempat parking dan masih juga tak jumpa kereta, kami terus buntu. Ya Allah, pada masa itu,kami rasa macam nak menangis tapi tak terkeluar air mata dan akhirnya saya suruh juga sahabat saya untuk memberitahu ayah beliau kerana pada saya untuk hal besar seperti ini sememangnya ibu bapa yang patut tahu dulu. Ketika menunggu ayah dia untuk menjawab telefon, jantung kami seperti nak meletup kerana takut dimarahi.

Tetapi, tidak seperti yang kami jangkakan, ayah sahabat saya sangat tenang menerima berita buruk itu. Subhanallah, pada waktu itu saya lihat sahabat saya juga semakin tenang selepas bercakap dengan ayahnya. Disebabkan ayahnya masih lagi bekerja, beliau menyuruh kami untuk melaporkan kepada pihak keselamatan universiti terlebih dahulu sebelum melaporkan ke balai polis bersama-samanya nanti. Alhamdulillah, masih ada lagi kawan kami yang sudi untuk menghantar kami ke pejabat keselamatan dan menghantar kami pulang ke kolej. Niat asal kami untuk berehat sekejap di bilik sambil menunggu ayah sahabat saya untuk datang membuat laporan di balai polis.

Rupa-rupanya, dugaan kami belum berakhir, sampai di kolej, baru kami terperasan yang kunci bilik ada dalam kereta! jadi sekarang bukan kereta sahaja yang hilang, dengan kunci bilik sekali dah lesap. Masa itu, dah tak tahu nak buat apa, tiba-tiba datang idea untuk call salah seorang penyelia yang juga merupakan lecturer kami. Sekali lagi diuji apabila handphone saya dah habis bateri , memang tak boleh nak call langsung dan hanphone sahabat saya pula buat hal tak boleh nak dial nombor. Cuba untuk call dan alhamdulillah kami dapat jugak contact penyelia dan dia juga yang menolong kami mendapatkan kunci spare.(terima kasih Dr. Azlida..:)

Kemudian, saya mengikut sahabat saya bersama ayah dan mamanya ke balai polis. Terdetik kagum di hati saya melihat mereka sangat dan teramat tenang serta boleh bergurau dalam keadaan itu. Ya Allah, kuatnya mereka menerima ujian dari-Mu. Dan yang lebih mengagumkan saya tak nampak lansung sahabat saya menangis. Saya muhasabah diri, teringat dulu saya pernah hilang dompet, seharian saya menangis, Allah lemahnya hamba-Mu ini..:'(

Dugaan masih belum berakhir, pelbagai pahit manis yang kami alami selepas kehilangan kereta, InshaAllah akan saya ceritakan pada post yang lain nanti..:)

168560_3167786647415_1007360855_n_large

Linked

p/s: rindu Citra..

Just Getting Started..

Assalamualaikum..

Dengan lafaz bismillah, saya mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk membaca nukilan saya di sini, Saya bukanlah penulis hebat yang boleh menggetarkan hati pembaca, bukanlah ustaz atau ustazah yang boleh menjawab setiap persoalan dengan mudah tetapi saya hanya Hamba-Nya yang sentiasa mencuba dan terus mencuba untuk berubah dan terus istiqamah. Semoga coretan di sini memberi manfaat untuk sesiapa yang membaca dan tidak mencetuskan fitnah kepada orang dan juga diri sendiri.. InshaAllah

Jika orang lain sudah jauh berlari kehadapan, saya ini masih lagi merangkak mengejar mereka,

Jika orang lain sudah jauh berlayar ke tengah laut, saya masih lagi belajar mendayung sampan,

Jika orang lain sudah jauh terbang meninggalkan bumi, saya masih lagi di bumi belajar mengibarkan sayap,

Jika realitinya orang lain sudah belajar ilmu penuh di dada, saya realitinya masih tergagap-gagap membaca,

Tetapi orang lain dan saya tetap memerlukan DIA untuk apa jua keadaan..:)

                                                                                                 ( Tunku Aisyah)